
Anda sukakan orkid? Tetapi tidak tahu cara menanam yang betul, tidak berani mencuba kerana pernah terdengar orang sekeliling anda mengatakan orkid susah ditanam… Cerewet?
Atau
Pernah juga mencuba, kali pertama, kedua ketiga tetapi tiada perubahan, orkid yang anda tanam mati, tidak berbunga dan seperti ‘hidup segan mati tak mahu? Kecewa dengan situasi ini?
Atau
Anda berminat, tetapi tiada sumber yamg membolehkan anda mengetahui selok-belok penjagaan orkid. Bahan bacaan pula terlalu umum, harga pula mahal. Tidak banyak informasi yang boleh dipraktikkan, jika ada pun buku dipasaran, semua berorientasikan penanaman orkid di Negara empat musim, Malaysia pula Negara tropika. Apa yang boleh anda lakukan?
Kami di Dangau Orchids sedia membantu!!!
Dangau Orchids umpama tempat persinggahan untuk menenangkan fikiran, memulakan dunia baru yang segar… Begitulah menanam orkid. Ini merupakan satu-satunya laman web yang boleh menyelesaikan segala kebuntuan dan persoalan tentang apa sahaja yang berkaitan dengan orkid.
Kami di Dangau Orchids bukan penanam orkid komersil tetapi kami juga adalah peminat orkid, sama seperti anda. Setelah bertahun-tahun menanam orkid sebagai hobi dan sudah masak dengan ‘pelbagai ragam’ pokok yang ditanam, kami mewujudkan laman web ini untuk berkongsi ilmu dan pengalaman selama lebih sedekad untuk anda yang berminat menanam orkid di rumah.
Bagi kami sesiapa saja boleh menanam orkid. Tiada had umur, jantina, latarbelakang dan sebagainya. Orkid adaah untuk semua yang menghargai keindahan ciptaan tuhan. Tiada istilah susah menanam orkid, ironinya orkid adalah antara tumbuhan yang paling mudah untuk dijaga. Apa yang penting adalah ilmu, pengalaman dan minat yang mendalam. Melalui kami anda juga boleh menjadi penanam orkid yang bakal dicemburui oleh orang lain. Oleh itu jangan ragu-ragu, di Dangau Orchids, serba-serbi berkenaan orkid ada di sini.











